Friday 3 August 2012

Batu Api

Salam.
Pertama sekali, apa itu batu api?
Batu api ni bukan batu yang berapi-api.
Ianya tidak memiliki sebarang sifat magikal seperti batu di dalam siri The Cave of the Golden Rose yang mampu berkata-kata.
Tidak sama sekali.


Batu api digunakan oleh manusia zaman purba untuk menghidupkan api.
Ye la api.
Takkan nak hidupkan air pula. Agak mustahil di situ.
Jadi batu ini akan digeser dengan seketul lagi batu sehingga terhasil percikan api.
Tanpa batu api ini, tidak mungkin api ini akan ternyala sendiri.
Simpulan bahasa Melayu "Batu Api" jelas bermaksud, tanpa kata-kata hasutan(geseran)
batu api(penghasut), tidak mungkin pertelingkahan(api) akan berlaku, bukan?

Pada zaman fitnah sebelum fitnah besar Dajjal al-Masih ini,
terlalu banyak kes yang kita lihat melibatkan 2 pihak bertelagah disebabkan oleh si batu api.
Apa motip si batu? Untuk kebaikan? Adakah mungkin untuk kepuasan sahaja?
Sudahlah batu! Mungkin layak untuk dipijak sahaja.

Tidak perlu melihat pihak yang jauh dan besar-besar,
hanya perlu buka mata untuk melihat senario sekeliling anda.
Sebagai contoh terdekat,
yang berlaku baru-baru ni apabila seseorang telah memotong (snip) bahagian perbualan di ruangan komen
group UMS(tidak pasti group apa),
di mana perbualan itu menyentuh isu yang sensitif di negara kita iaitu "kemunduran' di Sabah.
Kalau dilihat daripada perbualan itu, CPJ yang mempunyai ramai kawan di Sabah pun boleh panas hati.
Tapi, yang memusykilkan CPJ, keratan itu hanya sebahagian daripada sebuah wallpost.
Ini diibaratkan 2 orang lelaki yang tengah berbual di tepi jalan berbincang tentang kucing.

Lelaki 1 meminta seekor kucing daripada lelaki 2
Lelaki 2 yang mempunyai 2 ekor kucing; seekor jantan, seekor betina,
bingung tidak tahu hendak menyerahkan kucing yang mana satu.
Setelah dipertimbangkan, dia ingin membela kucing jantan dan memberi kucing betina kepada sahabatnya, lelaki 1.
Bila ditanya apa sebabnya, dia menjawab, "Nak buat macam mana, aku sayang sangat kat Jantan tu"
Dan kebetulan anda lalu di kawasan itu saat lelaki 2 mengeluarkan ayat terbabit.
Tidak pasal-pasal lelaki 2 dicop sebagai homosexual.

Sama juga dengan kes keratan perbualan tersebut di mana si pelaku yang telah 'Share' perbualan tersebut di dalam laman sosial Facebook sehingga bukan warga UMS boleh tahu.
Apabila dilihat pada ruangan keterangan gambar, rupa-rupanya 3 orang yang terlibat dalam perbualan itu telah pun meminta maaf dan rupa-rupanya itu hanya gurauan sarkastik kepada bakal mahasiswa UMS.
Salah seorangnya adalah warga Sabah sendiri.
Tidak mungkin dia benar-benar maksudkan apa yang diguraukan itu, bukan?
Salah seorang ahli group terbabit juga telah mengesahkan bahawa itu hanya gimik.
Tapi yang tidak enaknya, ada yang tidak bertanggungjawab telah membawa perkara itu luar daripada group terbabit dengan memotong sebahagian daripada perbualan yang betul-betul pada bahagian yang "panas" tersebut.

Apa motif si polan?
Mungkin dia juga hanya ingin bergurau tapi dia tidak sedar,
perkara seperti ini hanya akan mengapi-apikan orang Sabah.
Siapa yang tidak sayang akan negeri sendiri.
Cuba negeri kamu diperkotak-katikkan, segala carutan mentera terkumat kamit di bibir seiring jari yang pantas menaip kata-kata bersifat kenegerian.
Orang Malaysia kan lebih sensitif dengan isu-isu hal ehwal kenegerian melebihi apapun.
Gempur di sebalik papan kekunci dan skrin komputer mempertahankan negeri masing-masing, padahal masih buang sampah dari cermin tingkap kereta.

Dan semakin tidak senang CPJ apabila ada pihak yang 'share' gambar terbabit tanpa pengakuan maaf daripada 3 pelaku terbabit.
Ah, sudah!
Ditambah dengan kata-kata yang bukan kini mempertahankan negeri masing-masing tapi dengan kata-kata kesat memperkotak-katikkan negeri lain pula.
Tidakkah dia sedar bahawa dia telah menjadi batu api dalam hal ini?
Yang baca pula dengan itu menekan butang 'share' dengan ghairah, girang dan membabi buta tanpa menyelidik dulu hal terbabit.
Sekali lagi, apa motip si polan?

Kenapa kita, rakyat Malaysia, yang kita sendiri mengaku adalah antara rakyat yang paling bersopan-santun, ramah, baik, dermawan di dunia,
tidak melihat isu-isu ini dengan pandangan yang lebih jauh lagi, secara holistik?
Masing-masing terlalu bongkak dengan kelebihan masing-masing.
Itupun dengan rezeki pinjaman?
Siapa kita untuk mengaku kita yang lebih hebat?
Sedangkan kita ini hamba yang hina dan kerdil di mata yang di atas sana.

Tidak salah bersikap patriotik.
Tidak sama sekali.
Tapi bukankah lebih baik jika kita bersikap patriotik dan prihatin ke arah yang lebih baik dan betul.
Mungkin seperti berhenti membuang sampah ke luar tingkap kereta,
dan 'flush' tandas selepas melepaskan qadha hajat masing-masing?

Wasalam.

Langkah Pertama CPJ

Salam.

Citra--- Imej/gambaran.
Sebuah imaginasi yang bebas terlakar atas hamparan minda.
Ternukil melalui tulisan hati yang tidak pernah setepat yang dicitrakan pemikiran.

Pemikir--- aku.
Aku kongsikan pendapat dan pandangan.
Pemikiran aku, pemikiran kau, masing-masing lain.
Tidak perlu iyakan, cukup hanya aku kongsikan.

Jovial--- sebuah karektor.
Sekadar dipinjam dari bahasa Inggeris.
Jovial. Itulah aku.

Jangan silap. Ini bukan blog pujangga.
Aku tidak bermadah.
Aku hanya seorang pemikir.
Pemikir dunia kelas ketiga.

Wasalam.